Majlis Berbuka Artakus Dot Net, di Tupai-tupai 6hb Oktober, 2006
Pertamanya ucapan ribuan terima kasih kepada semua Aurorans yang sudi hadir, terutama Baginda Sultan Aurora dan permaisury serta anakanda-anakanda yang comel-comel. (Apsal laa aku telupa amik gambo Sarah Nadrah :-O )
Punyalah siksa nak sampai ke tempat kejadian. Dari pukul 5 tunggu Zulela di Kl Sentral... bagai nak rak rupanya Putra LRT mengalami kerosakan kronik. Dia ambil teksi ke KL Sentral, tapi pak cik teksi tu jadi pemandu pelancong dan tunjukkan Zu tempat-tempat menarik kat KL. 6.30 baru member sampai kat KL Sentral. Asri pun call nak join sebab tak de sapa pun nak hantar dia ke Tupai-tupai.
Semua teksi yang kami tahan tak mahu hantar kami ke Tupai-tupai...haru... akhirnya kami naik monorail dan marching ke Tupai-tupai. Hohohohorlicks.... berfeluh-feluh mak cik. Abang Pat pun lambat juga, tersepit dalam jam.. macettt macettt... :-S
Lebih kurang 7.40mlm baru kami bertiga sampai ke Tupai-tupai, orang lain dah kenyang tersandar. Hidangan di sini memanglah menarik, hampir setiap tahun kebelakangan ini aku berbuka di Tupai-tupai, cuma tahun ini harganya naik lagi -> RM42 seorang. Aku tak tau apa nama resepi udang tu tapi itu lah yang paling aku suka. Kemudian laksa Johor.
Seperti biasa bila kami berjumpa, bercerita tak habis-habis. Dan seperti biasa siaran "astro' baginda sultan akan keudara, kami semua mendengar dengan kusyuknya. Malam tu entah kenapa topik demokrasi dibincangkan dengan hangatnya, sampai tepuk-tepuk meja ala parlimen cakap lu. Hehehhe
Masa agak singkat, buffet tamat jam 9.45. Kena balik laa...
Tapi... aku, sempoii dan zulela melepak kat KL Sentral sampai jam 11.30... memang mabuk... huhu... aku naik tren terakhir ke Seremban, alhamdulillah selamat sampai rumah sebelum keretapi bertukar jadi labu :->
Sampai rumah sms zulela dan sempoii, hanya sempoii menjawap...zulela dah tebungkang. ;-)
Untuk semua Aurorans, terima kasih untuk masa-masa seindah itu... aku sayanggggg korang semua!
Utk Abg Pat, moga hasrat untuk menyudahkan komik Karmawizra menjelang hujung tahun ini kesampaian. Aminnnnnn... :-D